Cikgu-cikgu saya suka pantun ini:
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu rinduan.
Orang melayu kalau berbahasa penuh dgn pantun:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
2, 3 kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
2, 3 boleh kucari,
Mana nak sama Cik Adik seorang.
Pantun utk anak buah saya semasa hari jadi ke 4:
Dinasour besar ungu dan gebu,
Jadi pilihan Nuha yang comel,
Pak Su ingat Nuha selalu,
Janganlah selalu ngomel ngomel.
1 comment:
Wahhh....pandai Paksu berpantun. Kipidab Paksu. Pelihara warisan melayu.
Post a Comment