Thursday, October 09, 2008

Seniman


Seniman bererti orang yang bekerja dalam bidang seni. Antara seniman terkenal adalah A. Samad Ismail, Faizal Tehrani dan Imuda. Termasuk dalam golongan seniman adalah penyair, pelukis, pelakon teater, pembaca sajak dan pemuzik.

Para seniman perlu menampilkan hiburan yang bermanafaat. Kewujudan Istana Budaya boleh membanyakkan teater-teater muzikal yang memberi impak positif kepada masyarakat. Terbaru adalah teater P.Ramlee The Musical yang sangat menghiburkan serta mendapat perhatian umum.

Hasil seni perlu menjelaskan tentang isu-isu semasa. Ini dapat menggalakkan pembaca, peminat seni untuk berfikir tentang isu-isu semasa; seperti isu perkauman dan kebangsaan.

Seni boleh dikaitkan dengan pencipta. Alam ini indah dan manusia perlu menghargainya. Tuhan tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Penggiat-penggiat seni perlu menghasilkan seni, sama ada lagu, filem, syair, teater yang manifestasi kepada alam.

Hasil-hasil kraftangan, perlu dihasilkan supaya ia bermutu. Contohnya tulisan khat, kraf, lukisan dan tulisan. Mendidik pelajar memerlukan keazaman. Barang-barang ini bolehlah dieskport untuk menambah ekonomi.

Institut-istitut perlu dibina oleh pemimpin-pemimpin untuk mendidik anak-anak bangsa tentang seni. Antara bidang adalah hiasan dalaman, arkitek, muzik dan tarian. Fakulti-fakulti baru boleh dicipta untuk memperkembangkan bidang pendidikan. Di sini juga pusat kegiatan masyarakat.

Seniman adalah insan yang sentiasa menambah nilai ilmu dan kepakaran diri.

No comments: