Wednesday, April 13, 2011

Umrah 2011






Tahun ini aku mengerjakan umrah di Mekah dan menziarahi Madinah. Aku pergi bersama emakku manakala abah tidak pergi kerana bertugas di pejabat.


Aku rasa bersalah kerana tidak cek dulu 'itenirary' umrah dari travel agent kerana aku rasa travel agent ini kurang bagus. Hotel di Mekah servisnya tidak bagus manakala kami terpaksa berjalan jauh ke masjid. Bilik air dan bilik low standard membuatkan aku struggle untuk mandi dan tidur. Servis flight (PIA) juga tidak bagus dan perjalanan dari KLIA ke Jeddah dan Mekah tidak smooth.Semasa pulang juga, kami terpaksa transit selama sehari di Karachi. Aku tak dapat lupa yang pihak imigresen di sana telah 'menghilangkan' pasport aku tetapi dugaan itu kutempuhi dengan sabar. Ustaz yang mengiringi ku iaitu Ustaz Khairul merupakan seorang yang pendiam. Mereka juga tidak berteman untuk ke masjid denganku dan bercakap dengan kurang confident.


Tetapi ada juga kebaikannya aku di sini. Daripada struggle yang kuhadapi, aku belajar betapa orang susah hidup. Kita belajar daripada kesusahan yang kita hadapi untuk memperbaiki diri sendiri dan maju ke hadapan. Kesabaran perlu dibina dan banyakkan berdoa pada Allah jika ada masalah. Sabar separuh daripada iman dan perlu sampai bila-bila, pesan seorang Ustaz di Shah Alam kepadaku. Ustaz Bukhari juga berpesan supaya mendinding diri dari gangguan makhluk-makhluk halus dengan zikir dan ayat-ayat al-Quran. Aku juga pelajari, kehidupan perlukan semangat yang kuat dan tempuhi apa sahaja walaupun susah.


Aku juga telah pelajari tidak terdapat banyak kebaikan dalam merokok. Terdapat 80% keburukan dan hanya 20% kebaikan dalam rokok. Aku juga menyimpan tekad untuk berhenti merokok. Pengalaman di sana aku banyak merokok terutamanya apabila ingin bertolak ke Madinah kerana menunggu terlalu lama. Ini pun aku telah usaha untuk mengurangkannya. Harap-harap Tuhan mengabulkan doaku untuk berhenti.


Aku telah berkenalan dengan abang Yazed, Ismail, Jamal, Pakcik Sharif dan abang Bukhari. Mereka sangat peramah dan baik hati walaupun luaran nampak keras. Banyak pengalaman dan cerita yang sempat kami kongsi bersama semasa di dalam bilik dan di dalam perjalanan. Tidak kurang juga dengan kakak Shila, Kak Su dan Makcik Rokiah. Mereka sangat baik dan menolongku dalam masalah yang kuhadapi.


Makanan di Mekah lebih kepada makanan Kelantan manakala makanan di Madinah disediakan oleh orang Indonesia. Alhamdulillah walaupun tidak menepati seleraku tetapi aku masih dapat makan. Semasa di Madinah, aku telah tidur sebilik dengan abang Bukhari. Dia sangat pengemas orangnya dan sedia menolongku bila kesusahan. Banyak yang aku pelajari daripada dia. Contohnya mendinding diri dan berdoa bila memerlukan sesuatu daripada Allah.


Sebagai kesimpulan, pengalaman ini telah menjadikan aku seorang yang lebih matang dan kuat semangat untuk menempuhi kehidupan. Walaupun apa dugaan yang mendatang, aku perlu hadapinya dan berserah kepada ketentuan Allah. Kepada sesiapa yang belum mengerjakan umrah, saya amat menggalakkan anda untuk pergi kerana ia sangat menenangkan dan membina jiwa. Syukur alhamdulillah!

3 comments:

Zura said...

good for you adam, stay positive!

Adam Burn said...

thanks zura!

Anonymous said...

Jom buat umrah lg.